Cara Sujud Syukur: Perlukah Wuduk Dan Menghadap Kiblat?

Kalau cakap tentang Sujud Syukur, tentu ramai yang terbayang pemain bola sepak atau atlet-atlet yang yang melakukannya sebaik sahaja diumumkan kemenangan mereka.

Walaupun begitu, mesti ada yang keliru sama ada sujud ini boleh dilakukan dalam keadaan tertentu seperti – tanpa wuduk, tidak menutup aurat, dalam kenderaan, tidak mengikut kiblat, dan seumpamanya.

Bilakah Waktu Paling Sesuai Melakukan Sujud Syukur?

Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah.

Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : “Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih).”

Maka, disimpulkan bahawa Sujud Syukur disunatkan untuk dilakukan dalam 2 keadaan ini:

Ketika baru memperolehi anugerah atau nikmat seperti seseorang yang diberitakan dengan kelahiran anak, kemenangan atau kejayaan yang diimpikan, dan apa jua berita yang menggembirakan.

Ketika terselamat daripada musibah. Contohnya, berlaku kebakaran besar di kawasan tempat tinggal kita, namun nyawa ahli keluarga kita terselamat walaupun waktu itu kita mengalami kerugian besar akibat kehilangan harta benda.

Kalau cakap tentang Sujud Syukur, tentu ramai yang terbayang pemain bola sepak atau atlet-atlet yang yang melakukannya sebaik sahaja diumumkan kemenangan mereka.

Walaupun begitu, mesti ada yang keliru sama ada sujud ini boleh dilakukan dalam keadaan tertentu seperti – tanpa wuduk, tidak menutup aurat, dalam kenderaan, tidak mengikut kiblat, dan seumpamanya.
Bilakah Waktu Paling Sesuai Melakukan Sujud Syukur?

Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah.

Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : “Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih).”

Maka, disimpulkan bahawa Sujud Syukur disunatkan untuk dilakukan dalam 2 keadaan ini:

1. Ketika baru memperolehi anugerah atau nikmat seperti seseorang yang diberitakan dengan kelahiran anak, kemenangan atau kejayaan yang diimpikan, dan apa jua berita yang menggembirakan.

2. Ketika terselamat daripada musibah. Contohnya, berlaku kebakaran besar di kawasan tempat tinggal kita, namun nyawa ahli keluarga kita terselamat walaupun waktu itu kita mengalami kerugian besar akibat kehilangan harta benda.

Cara Sujud Syukur

Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:

  1. Niat
  2. Takbiratul Ihram
  3. Sujud (sekali sahaja)
  4. Bangun daripada sujud (duduk) dan memberi salam
  5. Niat Sujud Syukur

Doa Sujud Syukur

Tiada bacaan khusus yang diperlukan ketika sujud, namun kita digalakkan membaca ayat ini:

Maksudnya: Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.

Jika kita terlupa atau tidak menghafal bacaan ini, tidak mengapa.

Kita dibolehkan membaca sahaja yang bacaan yang selalu dibaca waktu sujud dalam solat, atau cukup sekadar mengucapkan “Alhamdulillah”.

Syarat Sah Sujud Syukur

Walaupun terdapat khilaf dalam hal ini, pendapat yang paling ramai mengatakan bahawa keperluan Sujud Syukur adalah sama seperti hendak solat fardhu, iaitu:

  1. Berwuduk
  2. Menghadap kiblat,
  3. Menutup aurat
  4. Suci pakaian dan tempat sujud

You May Also Like

Leave a Reply